Program Nadipreneur & Empowerher Live Webinar 29 & 30 (Pemasaran & Operasi Perniagaan) Sesi Julai 2026
10 Julai 2026 | Aktiviti TerkiniPada 9 Julai 2026, Khamis – Seramai dua orang peserta telah menyertai NADIPRENEUR & EMPOWERHER LIVE WEBINAR 29 & 30 yang berlangsung pada 9 Julai 2026 (Khamis) di NADI Bengoh. Webinar ini dianjurkan bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran usahawan dalam aspek pemasaran serta pengurusan operasi perniagaan.
Sesi pertama bertajuk Pemasaran telah diadakan dari 10.00 pagi hingga 11.00 pagi. Peserta didedahkan kepada strategi pemasaran yang berkesan, kaedah mempromosikan produk atau perkhidmatan, serta kepentingan memanfaatkan platform digital untuk mengembangkan perniagaan.
Seterusnya, sesi Operasi Perniagaan berlangsung dari 11.00 pagi hingga 12.00 tengah hari. Dalam sesi ini, peserta mempelajari asas pengurusan operasi perniagaan yang sistematik, termasuk pengurusan sumber, perancangan operasi dan amalan terbaik bagi meningkatkan kecekapan sesebuah perniagaan.
Secara keseluruhannya, kedua-dua peserta memberikan komitmen yang baik sepanjang webinar berlangsung. Diharapkan ilmu yang diperoleh dapat dimanfaatkan untuk memperkukuhkan pengurusan perniagaan serta meningkatkan daya saing usahawan di samping menggalakkan lebih ramai komuniti menyertai program keusahawanan yang dianjurkan oleh NADI pada masa akan datang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: